Wednesday, April 8, 2015

Saya tidak bersetuju dgn cdgn Tan Sri Pairin kerana;

1) Sabah merupakan sebahagian dari Malaysia dan pewujudan ic utk Sabah sahaja tidak menepati tujuan Sabah bergabung membentuk Malaysia untuk menjadi entiti bersama. Ia memperlihatkan ketidaksatuan dalam persekutuan bersama.

2) Negeri tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk membuat ic sendiri. Ia dibawah kuasa persekutuan. Dalam 20 perkara pembentukkan Malaysia hanya dinyatakan imigresen, tanah, agama tetapi bukan ic. Ia dbwh KDN - Kementerian Dalam Negeri.

3) Saya sebagai warganegara juga mempunyai hak untuk tidak memberikan ic lama saya untuk ditukar kpd ic untuk sabah saja. KEMUNGKINAN ini agenda tersembunyi Tan Sri Pairin utk menidakkan hak saya sebagai warganegara yang sah kerana apabila cadangan ini dilaksanakan, siapakah yang bertugas untuk membuat dan memeriksa kesahihan ic itu?

4) Laporan RCI sendiri yang dirumuskan pada 2014 menyatakan tidak ada projek ic, hanya segelintir yang terlibat jadi kenapa kelambu hendak dibakar disebabkan seekor nyamuk? Proses ini memakan masa dan kos yg pastinya hasil belum tentu memuaskan.

5) Saya mencadangkan diperhalusi lagi cadangan Tan Sri itu untuk kepentingan bersama, yang salah disini ialah kewujudan ic palsu yang dimiliki oleh sesetengah individu hasil namun ic baru untuk orang Sabah pastinya bukan cadangan yang mapan sebagai penyelesaian.

Monday, April 6, 2015

Teringat plak masa belajar di universiti dulu, tahun 1999 sehingga 2002. Masa tu maggi kari satu bungkus masih 50sen, telur gred b baru 20sen... masak pun guna cerek elektrik... masak air panas terlebih dahulu dan tuang ke dalam mangkuk utk maggi, kemudian panaskan lg telur di dalam cerek.. baru makan.

Fast forward 2015, maggi mee masih ada tp harga naik. mgkn disebabkan inflasi. Harga telur juga naik. Namun rasa maggi tetap sama. Walaupun byk berbicara mengenai keburukan makanan segera ini, namun hakikatnya di kala bosan sedap jg makan maggi sambil mengimbau kenangan masa study dulu