Wednesday, April 8, 2015

IC baru untuk Sabah

Saya tidak bersetuju dgn cdgn Tan Sri Pairin kerana;

1) Sabah merupakan sebahagian dari Malaysia dan pewujudan ic utk Sabah sahaja tidak menepati tujuan Sabah bergabung membentuk Malaysia untuk menjadi entiti bersama. Ia memperlihatkan ketidaksatuan dalam persekutuan bersama.

2) Negeri tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk membuat ic sendiri. Ia dibawah kuasa persekutuan. Dalam 20 perkara pembentukkan Malaysia hanya dinyatakan imigresen, tanah, agama tetapi bukan ic. Ia dbwh KDN - Kementerian Dalam Negeri.

3) Saya sebagai warganegara juga mempunyai hak untuk tidak memberikan ic lama saya untuk ditukar kpd ic untuk sabah saja. KEMUNGKINAN ini agenda tersembunyi Tan Sri Pairin utk menidakkan hak saya sebagai warganegara yang sah kerana apabila cadangan ini dilaksanakan, siapakah yang bertugas untuk membuat dan memeriksa kesahihan ic itu?

4) Laporan RCI sendiri yang dirumuskan pada 2014 menyatakan tidak ada projek ic, hanya segelintir yang terlibat jadi kenapa kelambu hendak dibakar disebabkan seekor nyamuk? Proses ini memakan masa dan kos yg pastinya hasil belum tentu memuaskan.

5) Saya mencadangkan diperhalusi lagi cadangan Tan Sri itu untuk kepentingan bersama, yang salah disini ialah kewujudan ic palsu yang dimiliki oleh sesetengah individu hasil namun ic baru untuk orang Sabah pastinya bukan cadangan yang mapan sebagai penyelesaian.

0 comments: