Sunday, February 2, 2014



Assalamualaikum WBH dan selamat malam kepada semua tetamu yang hadir pada malam ini

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Yang berbahagia Ibunda saya, Puan Andi Suryati bte Nurdin serta seluruh keluarga dari pihak perempuan.
Yang berbahagia kedua ibu bapa mempelai lelaki, Encik Rasid Abdul Gapar dan Puan Rosnani Amir serta semua ahli keluarga dari pihak lelaki.
Saya abang kepada pengantin perempuan berucap mewakili pihak ayahanda saya mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin dan hadirat sekalian

Asal dari Bukit Siguntang,
Kisah hikayat tidak terperi
Kami mengucap selamat datang,
Hadir tuan dan puan menambah seri

Terima kasih kepada semua tetamu yang datang baik jauh mahupun dekat. Terutamanya kepada tetamu yang datang dari Beluran, Lahad Datu mahupun Tawau.

Orang ke laut menjala udang,
Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang,
Yang dinanti sudah pun tiba.

Ucapan salam daripada ayahanda saya kepada semua hadirin dan hadirat yang hadir pada malam ini. Untuk makluman ayanhanda saya tidak dapat hadir bersama-sama kita kerana keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan

Buah pauh mari di kerat,
Alamat petang boleh dimakan
Pada yang jauh dan juga dekat,
Selamat datang kami ucapkan

Terima kasih juga kepada Tuan Hj Sainal, Puan Jaharai, Andy Faizal & isteri serta semua ahli keluarga yag bertungkus lumus dalam merancang dan melaksanakan majlis kita pada malam ini.

Kalau tidak kerana bulan,
Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan dan puan,
Tidak majlis sepermai ini.

Saya berharap para hadirin berpuas hati dengan majlis kami yang sederhana ini

Beli titi kayu belian,
Belian dibeli dari ulu,
Minta sudi lah hadirin sekalian,
Jgn segan jgn malu

Kepada kedua mempelai adinda Megawati dan Didi pula, tahniah diucapkan di atas perkahwinan ini. Selaamt menjalani kehidupan sebagai sepasang suami isteri

Buah delima buah sukun
Sungguh tinggi merasa gayat
Semoga hidup aman dan rukun
Jodoh kekal sepanjang hayat

Akhir kalam, segala kelemahan majlis ini datangnya dari kami dan segala kebaikan adalah milik Allah SWT

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Terima kasih saya ucapkan.

Wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum WBT

0 comments: