Monday, April 19, 2010
Mekah (6 sehingga 12 April)
- Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 5-6 jam menaiki bas. Jaraknya lebih kurang sama dengan Jeddah-Madinah.
- Pembangunan pesat sedang berjalan di Mekah, bangunan lama yang berdekatan dengan Masjidil Haram telah dirobohkan dan bangunan baru sedang dibina. Projek ini diterajui oleh Saudi Bin Ladin Group dan dibantu oleh syarikat-syarikat dari Malaysia dan Indonesia.
- Hotel Zam Zam yang sedang dalam pembinaan, merupakan hotel yang paling tinggi berdekatan dengan Masjidil Haram, ia dapat dilihat dari jarak sejauh 3km.
- Tempat wudhu’ dan tandas memang jauh dari tempat solat.
- Klu di Masjidil Haram mesti pakai spek mata hitam, pasal tile warna putih memantulkan cahaya dan kurang tempat berteduh, berbeza dgn Masjid Nabawi yang ada retractable roof.
- Jaga-jaga klu mau naik unta di Padang Arafah, biasanya pemunya unta akan ambil gambar sebanyak mungkin dan mengenakan caj berlebihan kepada pengunjung utk gmbr yg tidak perlu. Naik unta SR5, Jalan2 SR5, sekeping foto SR10. Ada 1 org jemaah kena SR150! Sampai bertengkar, akhirnya dia byr SR50 jak.
- Minuman teh tarik paling sedap aku minum di Restoran Felda, terletak di tingkat 3 di Al-Safwa towers. Restoran ini dikendalikan oleh orang Malaysia sendiri. Memang sedap!
- Masjidil Haram ada 95 pintu masuk/keluar. Setiap pintu ini akan dijaga petugas masjid.
- Miqat terdekat ialah di Masjid Taneem.
- Klu mau pg miqat boleh naik bas besar (SAPTCO – warna oren), teksi atau van sapu. Bas besar and van sapu biasanya caj SR2 untuk jalan sehala. Teksi pula caj SR40 ulang alik. Tp selepas jam 10 malam ada teksi dan van sapu jak beroperasi sampai pagi.
Umum
- Waktu di Malaysia ialah GMT +8 dan di Arab Saudi GMT +3. Oleh itu set masa 5 jam lambat kalau sd ada di Arab Saudi.
- Tiada rokok dijual di Madinah dan Mekah.
- Tidak boleh bawa kamera masuk masjid. Tapi ada jg yg bw masuk.
- Ada kawan bagi aku RM50 untuk disedekahkan kepada masjid. Masalahnya masjid-masjid yang aku lawat di Arab Saudi setakat ni tiada tabung untuk derma, berbeza dgn masjid2 di Malaysia yg mmg sll ada tabung derma. Aku rasa Arab Saudi mmg kaya sgt smpi nda perlu bantuan dari pelawat
- Seluar jubah lelaki dalam lingkungan SR10-SR20, jubah pula dalam SR20-SR70, bergantung kepada kualiti kain dan corak.
- Pokok kurma lebih kurang sama dengan pokok kelapa sawit. Buah saja lain.
- Uniform polis berwarna coklat.
- Teksi menggunakan Toyota Camry.
- Antara syarikat telekomunikasi yang ada ialah Mobily, Zain dan STC. Kalau guna Celcom dapat Zain atau Mobily dan STC untuk pengguna Maxis. Untuk Digi pula nda pasti apa…
- Makanan dan minuman yang dibeli biasanya diberikan dalam bekas aluminium dan cawan kertas.
- Kebanyakkan tempat tiada parit, memang ngamla pasal sini jarang hujan.
- Ruang pejalan kaki biasanya sangat lebar, ada sehingga 15 kaki, tiang bangunan pula biasanya didirikan berdekatan. Jadi kedai2 biasanya kecil dan tinggi. Dorang buat 2 tingkat dan tingkat atas biasanya letak stok.
- Tangki air disini berwarna putih.
- Disini kedai byk jual pakaian (jubah, tudung, ketayap etc), minyak wangi, aksesori wanita (gelang, cincin etc). Newspaper pun dijual di Bin Dawood saja.
- Berhati-hati ketika menyimpan alas kaki (kasut atau selipar). Selipar aku and my dad hilang.
- Mesti pandai tawar-menawar kalau mau beli barang pasal kebanyakan barang tiada tanda harga.
- Selalu ada solat jenazah setelah selesai solat fardhu.
Labels: travel
0 comments:
Post a Comment